Friday, March 7, 2014

Putu Mayam

Assalam semua, The other day ader terlihat gambar seorang artis/pelawak Shahrol (Shiro) buat putu mayam kat pasar kat kampung halaman beliau. So tertengok rupa dia (putu mayam) mcm laen dprd apa yg saya slalu makan kat kampung i.e. kat Kelantan...
hasil pencarian google menunjukkan putu mayam Johor or negeri2 lain agak berbeza from putu mayam versi Kelantan... Putu mayam (rupa macam laksa halus) tu dah sama/lebih kurang aje...cuma yg berbeza kalo kat Kelantan putu mayam dimakan secara berkuah instead of dengan kelapa parut & gula melaka....
(Putu mayam versi Kelantan)
(Putu mayam versi normal/johor) Actually kuah putu mayam kelantan tu dibuat menggunakan Santan, gula melaka & daun pandan.... so, looks like versi Kelantan adelah versi cair kepada versi biasa. #UNIKNYAMAKANANMALAYSIA

Saturday, August 13, 2011

Nikmat Iman & Islam

"Sejarah penyebaran Islam ke Tanah Melayu dibawa oleh para pedagang arab pada zaman kesultanan melayu melaka dahulu kala,,,,,ia kemudiannya berkenbang pesat ke serata pelusuk semenanjung.

pernahkah kita semua terfikir kalaulah Islam tidak betapak di tanah melayu. adakah kita masih seperti hari ini?? adakah kita dapat menikmati Islam seperti hari ini? tidak dapat saya bayangkan jikalau islam tidak sampai ke negara ini...sedah tentu kita semua hidup dalam kejahilan. maka bersyukurlah kita dan kembalilah kepada jalan Allah.

saudara/i sekalian,
adakah pedagang2 arab itu sedar bahawasanya Islam yang disebarkan oleh mereka itu memberi impak yang besar buat bangsa melayu di Malaysia pada hari ini. sudah tentu tidak. mereka sesungguhnya tidak akan menyangka perkara ini akan berlaku.

justeru, ayuhlah kita cuba sedaya upaya untuk menegakkan/menyebarkan kalau tak besar kecil pun tak apalah ke jalan Allah kerana manalah tahu di atas usaha kita yang sedikit itu akan memberi manfaat yg cukup besar di kemudian hari Insyaallah...."

Sabtu 13/8/2011(10:30 a.m)
Masjid Ar Rahman

Friday, August 12, 2011

ceramah surau Kompleks Kastam Kelana Jaya

Salam Ramadan buat semua, semoga diberkati Allah hendaknya.

Alhamdulillah aku berkesempatan untuk memunaikan solat sunat terawikh kat surau kompleks kastam. lepas solat isyak ade sket tazkirah yg aku nk kongsi:

Sesungguhya mati itu adalah PASTI...dan semua org pasti mengalaminya. mati tak selalu untuk org tua. org muda pun ramai yang mati skang ni......diceritakan disaat roh sedang dicabut oleh malaikat Izrail(malaikat maut) semua amalan kita ditayang balik(review). masa tu mereka mula merayu

"ya Allah jgnlah kau ambil nyawaku saat ini.....berilah aku sedikit masa lagi untuk aku menurut segala perintah Mu(berbuat amal soleh) dan meninggalkan segala laranganMu.."



namun janji Allah tiada siapa yg dapat tandingi....sesungguhnya jika sampai waktunya maka matilah dia tanpa sedikit kelewatan pun!

"apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh"

sekian sahaja untuk waktu ini....assalamualaikum

Tuesday, June 28, 2011

Pos EXPRESS

Smalam aku pos dukumen2 penting ke syarikat biasiswa aku pakai pos Express(yg sampul kaler kuning 2...pastu tertulis DIJAMIN SAMPAI ESOK).

boring2 xbuat apa hari ni aku bukak la internet baca blog2 n forum2 pasal pos mengepos ni.

baca2, aku jadi chuak la plak sbb mostly diorg sumer duk pakat maki hamun POS EXPRESS lambat sampai. better pakai POS LAJU kata mereka.

"cakap laju konon....baik tulis DIJAMIN SAMPAI TAHUN DEPAN!..."

"POS EXPRESS YG X BERAPA NK EXPRESS..."


macam2 kisah diorg aku bace....kelakar pun ader gak. tp yg agak terkejut sbb ad yg amik masa sampai berminggu2 & paling parah x sampai langsung! ader yg posmen 2 campak ke rumah tinggal lah....mcm2.

Risau plak aku sbb dlm sampul 2 ader dokumen medical check up untuk aku bekerja. kalo hilang yg 2 terpakse la wat skali lagi....kene bayar plak 2(huh...~~)

Tiba2 aku teringat kalo pakai pos express ni kita boley trace balik kat mana surat kita skang. kire mcm status dia la nk check dh sampai ke blom. so, aku bukak la laman web pos malaysia ingt nk amik no tepon n call. tp rupa2nya kat laman web 2 dh sedia ruang tempat kita boley trace surat kita. just masukkan no kod(sticker kuning yg kita simpan 2) pastu search(canggih2~~).....

Alhamdulillah ni keputusannya(mcm nk tgk result exam pulak dh..hehee)



klik gambar utk besarkan


kira laju la yer....smalam pos hari ni dh sampai!
maybe ikut nasib la kut.....sbb 2 ader yg lambat sket sampai....harap2 btol la status 2 jgn main2 sudah..hehee. apa2 pun aku nk ucapkan tahniah kepada pos malaysia!
kekalkan prestasi ni baru Malaysia boley maju...hehee

Monday, June 27, 2011

Halal, makhruh, atau haram

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru selesai bukak akaun baru CIMB ISLAMIC & pindah semua duit simpanan daripada ASB aku ke akaun Tabung Haji.

kenapa nk kena buat semua ni??

Alhadulillah aku tergerak hati juga akhirnya untuk buat semua ni(tukar dari CIMB biasa ke CIMB ISLAMIC & daripada ASB ke Tabung Haji). walaupun pada awalnya aku agak keberatan juga sbb aku mmg dh plan awal2 nk melabur dalam ASB ni sejak aku practical sampai kerja n kalo boley nk wat duit 2 sbg hantaran kahwin!

Ura2 dan khabar angin melalui internet(dlm paper mmg xde) sejak sebulan lepas kecoh pasal kenyataan yg telah dikelurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor bahawa ASB disahkan HARAM. Lebih mengelirukan FATWA dari negeri kedah & perak pulak cakap HARUS.

Akibat tidak puas hati dan keliru aku telah menjalankan penyiasatan secara intensif melalui Google.com.......aku bukak sumer link blog2, laman2 web, and forum2.....sehari suntuk jugak la aku duk study pasal status ASB ni tp akhirnya aku dapat beberapa maklumat yang agak sahih. ASB ni xder la melabur di kilang arak, judi, casino d.s.b seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak....tp ASB ni sbnrnya telah melabur di 2 jenis syarikat yg x berlandaskan syara' iaitu MAYBANK(conventional banking) dan BAT (british american tobacco).

*habis tu kalo saya pemilik akaun MAYBANK so saya makan duit haram lah??

Aku tak berani la nk cakap HARAM ker aper tp yg aku pasti dividen yg kita dapat 2 memang ader unsur2 SYUBAHAH sbb kita x tahu ke mana wang kita itu dilaburkan. sebab itu saya syorkan saudara/i bertukar kepada sistem perbankan Islam. kalau saudara/i ader akaun MAYBANK tukar lah kepada MAYBANK ISLAMIC, kalo saudara/i ader akaun CIMB bertukarlah kepada CIMB ISLAMIC....skrg ni bnyak bank2 menawarkan produk perbankan Islam. boley pegi ke mn2 cawangan n tanya. kalau mcm CIMB ISLAMIC mmg dia merupakan entiti sendiri dan tidak bercampur dgn CIMB biasa.

kenapa perlu bertukar??
Kerana sekurang2nya kita berasa lebih yakin & selamat dengan setiap dividen yang kita terima berbanding produk konvensional.

perbankan Islam ni untung/dividen x banyak......sbb tempat pelaburan tak boley sewenang2nya. Apakah dividen yg syubahah saudara/i kejarkan?? dan sanggupkah saudara/i makan harta HARAM yang akan menjadi darah daging apatah lagi jika diberi kepada anak isteri....MasyaAllah...

mungkin org akan cakap "alah leceh la nk tukar2 sumer ni....lagi pun ramai kut org pakai akaun biasa. watpe nk kene tukar2....saya dh pakai lama dh"....soalnya sekarang tepuk dada tanya IMAN.

ingatlah pesan nabi kita :

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Sesungguhnya yang halal itu telah nyata (jelas hukumnya) dan yang haram itu juga telah nyata (jelas hukumnya) dan di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu terdapat perkara-perkara syubhah (yang tidak jelas akan kehalalan dan keharamannya) yang tidak di ketahui oleh ramai manusia, maka barangsiapa yang berjaga-jaga dari perkara-perkara yang syubhah sesungguhnya ia telah membebaskan dirinya dengan agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhah maka sesungguhnya ia telah terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram"
(Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)


tak ape lah kita berusaha lebih sedikit untuk bertukar ke arah yg lebih baik....maybe org pertikai "produk islamik pun tak islamik jugak" tp sekurang2nya kita SUDAH BERUSAHA untuk mengelakkan benda2 yg syubahah daripada berlaku keatas diri kita, InsyaAllah sesungguhnya Dia maha mengetahui.




p/s: saya sudah....anda bila lagi...semoga diberkati Allah selalu =)

Saturday, November 13, 2010

camcorder vs. DSLR

hello everyone,

this is my first attempt to write in english...saje nk test grammar aku nih dh lama x praktis...hohoho

alright, today i just want to talk about a video recorder or simply camcorder. yeah, im kind of interested into video making/editor. i somehow love to shoot scenes and edit them into nice videos. right now im using my mobile camera to shoot scenes and now are considering to buy a brand new Sony Camcorder.

this is my dream camcorder,


Sony Handycam DCR-SX44E



I fell in love with this camcorder since i went to Lowyat plaza last month, i was testing the camcorder and it was fabulos. it is very light, compact(just fit in your palm nicely) & yeah its pretty small.the video quality is good, and the touch screen menus are awesome too! it is a decent camcorder in overall.


i was almost about to buy the camcorder, but i somehow decided to postpone it since im run out of money.heheh

a few days later, i made some research on the camcorder and to my surprise, most of the reviews in the internet gave bad comments on this camcorder. feeling curious, i browsed into Youtube website and i watched the videos(that were uploaded by the Sony Handycam DCR-SX44E users themselves) on my own.

here are the results:

sample 1
sample 2


moreover, the reviews said that the video quality at the camcorder's screen may seems perfect during recording but when we transfer it to laptop or play it on TV, the nightmare begins!....the objects'/figures' outline look so thick and isnt sharp enough and the colors are soo numb.



a screen shot from a video captured by a Sony Handycam DCR-SX44E



i found out that most independent movie makers are now using DSLR camera to record a video. and yeah, the video quality is absolutely incredible! the full HD frame for a video is just kick ass! here are some examples:


santai jalan2

ronda kota raya Tokyo



a screen shot from a video captured by a DSLR camera



all the videos above were recorded using Canon 5D mark ii DSLR






Canon 5D mark II.....oh~~~i want this camera badly.

Sunday, October 10, 2010

keje sambilan

waha~ aku baru saja balik dari dataran amCorp Mall, PETALING Jaya.
rumet aku ajak join wat part time jadi pembantu/urusetia untuk larian yang dianjurkan oleh penganjur yg aku pun x tahu....haha.
kitorg pegi berlima kesemuanya.

sbb ari ni free, so aku pun on aje. ni first time aku wat keje2 camgini.
dia ada bayar la, ciput aje tp x kesah yg penting pengalaman 2....

pkl6:30 da betolak g sana, dekat aje ngn UM ni, 5 minit dh sampai

sampai sana, diorg bagi breakfast nasi lemak(sedap woo...) n then trus ader skit
sesi taklimat/briefing....rupanya aku n konco-konco
ditugaskan untuk menjadi penjaga trafik rupanya...waha~~ best2.

diorg kasi vest hijau, n wisel...n kami dipecahkan mengikut check point masing2.
nasib aku malang sket sbb kena jaga kat simpang 3 yang agak sibuk juga.

tp best, sbb aku rasa akulah yang paling dihormati kat situ...waha~~bila aku angkat bendera kete kena ikut arahan aku, so depa kena berhenti bagi laluan peserta2 untuk lari....hahahaha




mcm2 kerenah juga rupanya jaga trafik ni...

YANG BEST:
org angkat tangan

org ucap "terima kasih abang/adik/bro/dude(ader ker??

org angguk n senyum

YANG X BEST:

-Ader gak segelintir pemandu kereta n motor yg kurang sabar

-Ader gak segelintir gadis peserta yang aku senyum kat dia dia pandang
tempat lain plak...huh

YANG PELIK2:

-peserta:"bang jauh lagi x nk abis ni?"

aku:"uiihhh...jauh lagi ni dik, ader la dekat 50km lagi"
saja nk mengusik....wawawawa)


-Peserta berumur n dia bwk anak bini skali:"can we use shortcut, we all 'pancit'already la..."

aku: "owh, cannot ma...if the boss know they will potong gaji la.."


haha...da abis 2 kiorg pun balik la naik lori ke padang tempat bermula. minum2 sket amik beg cenderahati n duit gaji..pastu blah la...sekian